WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

TUCHEL TIDAK TERKEJUT CHELSEA BERGELUT KE SEPARUH AKHIR

Thomas Tuchel tidak terkejut apabila Chelsea sukar menguasai perlawanan ketika menentang Sheffield United dalam Piala FA berikutan jadual padat


Back To Sports Updates

CHELSEA 2 SHEFFIELD UNITED 0

Thomas Tuchel tidak terkejut apabila Chelsea sukar menguasai perlawanan ketika menentang Sheffield United dalam Piala FA berikutan jadual padat.

The Blues beraksi agak bertahan sepanjang separuh masa kedua di Stamford Bridge, malam tadi, sebelum gol lewat Hakim Ziyech melengkapkan kemenangan 2-0 tuan rumah selepas jaringan sendiri Oliver Norwood pada minit ke-24 meletakkan mereka di depan.

Chelsea mara ke separuh akhir Piala FA buat kali ke-25 -- kelab ketiga terbanyak meraih pencapaian itu di belakang Everton (26), Manchester United dan Arsenal (masing-masing 30) -- selain belum tewas sepanjang 14 perlawanan di bawah kendalian Tuchel.

Mereka turut memastikan gawang terus kebal dalam tujuh perlawanan terakhir -- pencapaian terbaik mereka sejak Disember 2005 (juga tujuh kali) -- sementara muncul kelab terbanyak yang memenangi perlawanan (10) dalam kalangan lima liga utama Eropah selepas Manchester City (14) sejak Tuchel mengambil alih kerusi panas itu.

Pasukan London itu, bagaimanapun, hanya melakukan tiga percubaan tepat berbanding empat oleh The Blades yang menyaksikan David McGoldrick mensia-siakan peluang keemasan untuk mengimbangi permainan di pertengahan babak kedua, tetapi Tuchel mendedahkan dia sememangnya sudah menjangkakan prestasi sedemikian,

"Ia adalah perlawanan yang sukar, kami beraksi baik dalam separuh masa pertama apabila menguasai segalanya tetapi dalam babak kedua, kami kehilangan rentak kerana kami jelas keletihan," kata pengendali dari Jerman itu kepada BBC Sport.

"Saya boleh menjangkakannya selepas 14 perlawanan, kami mula lesu, kurang tumpuan, banyak melakukan kesilapan apatah lagi lawan beraksi mantap dalam baki separuh masa.

"Jadi kami bernasib baik untuk memastikan tidak dibolosi tetapi saya rasa ini adalah kali pertama dalam 14 perlawanan bahawa kami lebih bernasib baik dan memberikan terlalu banyak peluang buat lawan.

"Ini boleh berlaku, apa penting ialah kemaraan. Ia adalah sasaran utama dan kami mencapainya.

"Kami membiarkan lawan bangkit selepas kami menguasai sepenuhnya babak pertama. Kami memiliki peluang terhidang menerusi Christian Pulisic dalam separuh masa kedua untuk memuktamadkan kemenangan ini dengan lebih awal tetapi selepas itu kami kerap membuat kesilapan mudah, tewas dalam perebutan bola dan tumpuan sedikit terjejas termasuk momentum.

"Secara jujurnya, saya boleh berasakannya dalam latihan, beberapa hari ini barisan pemain kelihatan sedikit lesu dan kurang tumpuan, ia sesuatu yang normal. Memang sukar untuk terus tekal. Lantaran itu, saya gembira kami mendapat bantuan dari bangku simpanan."

Sumber: Astro Arena