• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

ARSENAL BERNASIB BAIK LAYAK

Kapten Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang melepaskan banyak peluang ketika saingan Liga Europa berdepan Olympiacos


Back To Sports Updates

LONDON: Arsenal ada tabiat buruk yang boleh membuatkan pasukan mereka berdepan kesukaran dan ia dibuktikan sekali lagi dalam saingan Liga Europa pagi tadi.

Begitupun mereka akhirnya mara ke suku akhir dan melunaskan dendam terhadap pasukan yang menyingkirkan mereka daripada kejohanan itu musim lalu.

Mereka tewas di laman sendiri berdepan Olympiacos selepas bola terkena pemain sendiri dan mensia-siakan banyak peluang termasuk tiga kali oleh kapten Pierre-Emerick Aubameyang.

Sebaliknya Arsenal melalui malam yang sukar berbanding sepatutnya berdepan pasukan Greece itu yang akhirnya menamatkan saingan dengan 10 orang.

Pengurus Mikel Arteta berkata: "Saya sangat gembira layak tetapi kami langsung tidak berada pada tahap yang kami sendiri tetapkan. Kami menjadikan ia sangat sukar.

"Saya harap kami belajar daripadanya. Kami sudah kalahkan dua pasukan yang bagus iaitu Olympiacos dan Benfica, tapi pasukan berikutnya akan menjadi lebih mencabar."

Arsenal mempertaruhkan Aubamayeng selepas diketepikan daripada saingan tetangga London berdepan Tottenham.

Namun mereka berdepan pasukan yang memiliki semangat kuat untuk menang di Stadium Emirates yang dibuktikan musim lalu apabila menyingkirkan Arsenal menerusi gol di tempat lawan.

Sumber: Berita Harian
Foto EPA