WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

POGBA WIRA UNITED

Pemain Manchester United meraikan jaringan Paul Pogba pada saingan Liga Europa berdepan AC Milan di Stadium Giuseppe Meazza


Back To Sports Updates

MILAN: Penyokong Manchester United gembira dengan impak segera dihasilkan Paul Pogba ketika berdepan AC Milan dalam saingan Liga Europa sebentar tadi.

Pemain Perancis itu tidak bermain selama enam minggu kerana kecederaan tetapi kembali bersama skuad United bagi perlawanan kedua kelompok 16 terakhir Liga Europa di San Siro.

Ketika kedudukan terikat 0-0, Pogba dimasukkan pada babak pertama dan dia segera menukar keadaan apabila meletakkan United 1-0 di depan selepas persembahan mengecewakan pasukannya pada babak pertama.

Pogba mengelirukan Gianluigi Donnarumma sebelum melepaskan sepakan ke gawang yang memberikan United gol penting dan penyokong turut 'meledak kegembiraan' di media sosial.

Sumber: Berita Harian
Foto EPA