WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

BARCA BELASAH HUESCA, MESSI SAMAI REKOD XAVI

Lionel Messi meledak dua gol menarik pada malam dia menyamai rekod penampilan terbanyak Xavi Hernandez untuk Barcelona


Back To Sports Updates

MADRID: Lionel Messi meledak dua gol menarik pada malam dia menyamai rekod penampilan terbanyak Xavi Hernandez untuk Barcelona, yang mencetus kemenangan 4-1 ke atas Huesca di sini, sebentar tadi.

Messi kini terikat dengan Xavi pada 767 penampilan dalam semua pertandingan untuk kelab gergasi Catalan itu.

"Dia adalah lelaki paling penting dalam sejarah Barca. Malah dia masih bersama kami," kata pengendali Barca, Ronald Koeman.

Selepas jaringan pembukaan Messi, Antoine Griezmann melebarkan kedudukan tetapi Huesca kembali merapatkan jurang dengan sepakan penalti Rafa Mir.

Messi kemudian mengumpan bola untuk Oscar Mingueza menanduk masuk gol ketiga Barca sebelum dia sendiri meledak gol keduanya.

Kemenangan itu meletakkan Barca hanya empat mata di belakang pendahulu La Liga, Atletico Madrid.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP