• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

CAVANI, BAILLY MINTA SOLSKJAER PERJELAS MASA DEPAN MEREKA

Edinson Cavani dan Eric Bailly meminta jawapan segera daripada Ole Gunnar Solskjaer ketika masa depan mereka di Manchester United kini maragukan


Back To Sports Updates

MANCHESTER: Edinson Cavani dan Eric Bailly meminta jawapan segera daripada Ole Gunnar Solskjaer ketika masa depan mereka di Manchester United kini maragukan.

Penyerang Uruguay, Cavani, 34, mahu terus kekal di Old Trafford musim depan namun masih belum menerima apa-apa jaminan daripada pengurusan tertinggi The Red Devils.

Sementara itu, pertahanan tengah, Bailly mahukan 'jawapan jujur' daripada Solskjaer mengenai statusnya dalam kesebelasan utama.

United yang kini berkedudukan kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menang 2-0 mengatasi pasukan tetangga, Manchester City, kini tampak akan membawa masuk penyerang dan pertahanan baharu musim panas ini.

Cavani, yang sedang memikirkan untuk kembali ke Amerika Selatan bersama Boca Juniors di Argentina, mahu tahu bagaimana impak penyerang baharu terhadap peranannya di Theatre of Dreams.

Penyerang yang menyertai United pada Oktober menerusi perpindahan percuma selepas meninggalkan Paris Saint-Germain masih ada perjanjian hingga penamat musim.

Kontrak bernilai 9 juta pound (RM50.9 juta) setahun selain pilihan untuk sambungan setahun lagi mampu melanjutkan komitmen pemain itu.

United dijangka mengadakan perbincangan dengan Cavani tetapi dia semakin kecewa hingga mula memikirkan perbincangan dengan Boca membabitkan tawaran 3 juta pound (RM16.9 juta) setahun.

Sumber: Berita Harian
Foto ihsan United in Focus