WHAT'S NEXT

CATS UJUNG MINGGU

01.00pm - 04.00pm

GUARDIOLA TAKUT UNITED, HORMAT LIVERPOOL

Pep Guardiola memuji prestasi luar biasa pasukannya namun fokusnya lebih terarah kepada perlawanan


Back To Sports Updates

Manchester: Pep Guardiola memuji prestasi luar biasa pasukannya namun fokusnya lebih terarah kepada perlawanan selepas ini, menentang seteru setempat, Manchester United iaitu pencabar paling dekat mereka untuk merebut mahkota Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Selepas kedudukan 1-1 kami tertekan namun mencipta banyak peluang sehingga hujung permainan.

"Bagaimanapun, kami lebih memikirkan Manchester United itu saja yang kami fokuskan sekarang.

"Penyandang juara adalah Liverpool, trofi berada di tangan mereka. Kami berada dalam posisi terbaik sekarang untuk merampasnya dan kami akan cuba.

"Masih ada 33 mata untuk diraih. Esok pasukan lawan akan turun beraksi, kami mempunyai satu atau dua hari rehat dan akan mempersiapkan diri berdepan Manchester United di laman sendiri," katanya.

City berjaya menyamai rekod kelab iaitu 28 perlawanan tanpa kalah selepas menumpaskan Wolverhampton 4-1 untuk melebarkan jurang 15 mata selaku pendahulu EPL.

Guardiola melakukan perubahan dalam barisan kesebelasan utamanya di Stadium Etihad ketika menentang pasukan yang mengalahkan mereka dua kali musim lalu.

City mula mempamerkan taringnya selepas tandukan gol Conor Coady pada separuh masa kedua untuk menyamakan kedudukan sekali gus memadam jaringan pendahuluan hasil gol sendiri Leander Dendoncker.

Dua gol Gabriel Jesus dan satu jaringan melalui Riyad Mahrez di hujung saingan mengesahkan kemenangan mereka.

Rekod 28 perlawanan tanpa kalah dalam semua kejohanan menyamai pencapaian yang dilakukan mereka dari April hingga Disember 2017 dan mereka sekarang ini adalah calon hangat untuk meraih kejuaraan EPL kali ketiga dalam tempoh empat tahun.

Sumber: Harian Metro
Foto EPA