• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

GUNA PEMAIN AKADEMI - SOLSKJAER

Ole Gunnar Solskjaer berkata Manchester United harus fokus kepada perniagaan yang realistik


Back To Sports Updates

London: Ole Gunnar Solskjaer berkata Manchester United harus fokus kepada perniagaan yang realistik dan bertanggungjawab jika meletakkan sasaran untuk mempertingkatkan skuad ketika musim pandemik Covid-19.

Isnin depan genap setahun sejak Old Trafford menerima kehadiran penonton, dengan stadium yang penuh itu menjadi saksi pasukan tuan rumah berjaya mencatat kemenangan 2-0 dalam perlawanan musuh setempat menentang Manchester City.

United tidak berjaya mengalahkan lawan tradisi 'big six' dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan pasukan bimbingan Solskjaer menduduki tempat kedua dengan ketinggalan 15 mata tatkala aksi musim ini berbaki 12 perlawanan.

Pengendali kelahiran Norway itu tahu apa lagi harus dilakukan jika mereka mahu kembali meraih kejayaan namun Covid-19 sudah mengubah landskap mereka.

"Kami harus lebih realistik, kami harus bertanggungjawab dalam menguruskan perniagaan baik di dalam mahupun di luar padang.

"Terdapat perubahan di padang latihan, stadium. Kami harus melihat gambaran keseluruhan.

"Di mana sepatutnya kami belanjakan wang itu? berapa nilainya? Ia yang berlaku sekarang. Dunia sudah berubah,

Solskjaer berkata, pemain muda di akademi kelab boleh diberi peluang disebabkan keadaan yang sudah berubah.

"Sudah tentu, semua kelab di dalam dunia mengalami masalah yang sama, jadi tidak ada bezanya kelab lain dengan kami.

"Saya rasa pembelian pemain akan berkurangan di dalam dunia bola sepak sehinggalah semuanya berubah," katanya.

Sumber: Harian Metro
Foto AFP