WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

SOLSKJAER, SHAW TERLEPAS HUKUMAN FA

Pengendali Manchester United Ole Gunnar Solskjaer terlepas hukuman Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) selepas mempersoal integriti pengadil Stuart Attw


Back To Sports Updates

LONDON: Pengendali Manchester United Ole Gunnar Solskjaer dan pemainnya Luke Shaw terlepas hukuman Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) selepas mempersoal integriti pengadil Stuart Attwell.

Badan induk bola sepak Inggeris itu menegaskan Solskjaer dan Shaw tidak bersalah susulan ulasan kontroversi mereka berkaitan keputusan seri tanpa jaringan di Chelsea Ahad lalu.

Pertembungan di Stamford Bridge itu dicemari keputusan kontroversi Attwell yang tidak memberikan sepakan penalti kepada United selepas Callum Hudson-Odoi didapati memegang bola dalam kotak penalti.

Malah Video Bantuan Pengadil (VAR) turut menasihatkan pengadil utama itu supaya menilai semula keputusannya.

Dalam temu bual selepas perlawanan, Shaw menuduh pengadil tidak mahu memberikan penalti kerana Attwell mahu mengelak kecaman.

Solskjaer turut menyokong dakwaan Shaw.

"Pengadil berkata kepada H (Harry Maguire), 'Jika saya katakan ia penalti, orang akan memperkatakan tentangnya selepas ini', jadi saya tidak tahu apa yang berlaku.

"Menurut Harry, VAR mengatakan ia adalah penalti," kata Shaw.

United bagaimanapun memperbetulkan kenyataan Shaw dengan berkata pemain pertahanan itu tersilap dengar apa yang diperkatakan Maguire.

Pengendali Liverpool Jurgen Klopp sebelum ini didenda 45,000 pound (RM253,346) oleh FA kerana mempersoalkan integriti pengadil Kevin Friend.

Sumber: Berita Harian