WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

KLOPP YAKIN LIVERPOOL MASIH ADA HARAPAN

Pengendali Liverpool Jurgen Klopp percaya pasukannya masih mampu bersaing untuk merebut tempat dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris


Back To Sports Updates

SHEFFIELD, United Kingdom: Jurgen Klopp percaya peluang Liverpool belum tertutup selepas mengakhiri deretan empat kekalahan Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-0 ke atas Sheffield United.

Misi mempertahankan kejuaraan mereka musim ini tercalar akibat kecederaan dan juara Inggeris itu kini bergelut untuk memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan menerusi tiket pasukan empat teratas liga.

Anak buah Klopp masih kekal di tangga keenam, tetapi hanya dua mata memisahkan mereka dengan West Ham di tangga keempat dan berpeluang memintas Chelsea di tangga kelima apabila The Blues bertandang ke Anfield Khamis ini.

"Ramai orang sudah mula menafikan peluang kami, itu tidak mengapa. Dengan bermacam masalah yang kami hadapi, kami masih berada di tempat yang baik," kata Klopp.

Kapten Jordan Henderson menyertai senarai kecederaan Liverpool, manakala penjaga gol Alisson Becker masih berkabung susulan kematian bapanya minggu lalu.

Rembatan babak kedua Curtis Jones dan gol sendiri Kean Bryan memberikan tiga mata penting buat Liverpool untuk kembali dalam saingan.

Sheffield United masih ketinggalan 15 mata di bawah garis selamat dan pengendalinya Chris Wilder mengakui kualiti mereka tidak cukup untuk menyaingi Liverpool.

"Anda perlu mempunyai pemain terbaik anda dan berada pada prestasi tertinggi, malangnya kami tidak.

"Kami mempunyai semangat yang baik tetapi kurang daripada segi kualiti dan kekuatan dalam skuad. Bahagian ini penting kerana ia akan mendedahkan kelemahan anda," kata Wilder.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP