WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

SOLSKJAER BERANG TIDAK DAPAT PENALTI

Manchester United dikecewakan oleh kontroversi VAR ketika keputusan 0-0 menentang Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge


Back To Sports Updates

LONDON: Manchester United dikecewakan oleh kontroversi VAR ketika keputusan 0-0 menentang Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge.

United yang berada di tangga kedua liga, mengharapkan dapat merapatkan jurang dengan pendahulu Manchester City dengan kemenangan ke atas Chelsea.

Namun mereka kini ketinggalan 12 mata di belakang City selepas hanya merakam satu kemenangan dalam empat perlawanan.

Pengendali Chelsea Thomas Tuchel pula masih belum ditewaskan selepas sembilan perlawanan dalam semua pertandingan sejak menggantikan Frank Lampard, tetapi keputusan seri tidak cukup untuk membantu mereka bersaing merebut tempat dalam kelompok empat teratas.

Dalam aksi di Stamford Bridge itu, rayuan United untuk mendapatkan penalti ditolak pengadil Stuart Attwell selepas dia melihat ulang tayang insiden bola terkena tangan Callum Hudson-Odoi ketika cuba menghalang Mason Greenwood.

"Ia adalah penalti, 100 peratus. Jika itu adalah posisi natural untuk tangan barada di situ ketika bola sampai, mungkin saya sudah buta," kata pengendali United Ole Gunnar Solskjaer.

Tuchel bagaimanapun tidak bersetuju dengan pendapat Solskjaer.

"Bagaimana situasi ini boleh membabitkan VAR? Saya tidak faham mengapa pengadil perlu memeriksanya tetapi saya gembira ia bukan penalti," kata Tuchel.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP