WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

SOLSKJAER MAHU TAMAT BADI LIGA EUROPA

Ole Gunnar Solskjaer yakin Mancester United berada di landasan tepat


Back To Sports Updates

London: Ole Gunnar Solskjaer yakin Mancester United berada di landasan tepat selepas menyaksikan anak buahnya mara ke pusingan 16 terakhir Liga Europa.

United seri tanpa jaringan bertemu Real Sociedad pada perlawanan kedua hari ini di Old Trafford namun mara menerusi agregat 4-0 selepas menewaskan lawan mereka minggu lalu.

Red Devils tersingkir pada peringkat separuh akhir musim 2019-20 namun Solskjaer berharap mereka dapat memenanginya musim ini selepas mengambil pengajaran daripada kegagalan lalu untuk meningkatkan prestasi.

"Anda lebih mengingati kekalahan berbanding kemenangan. Apabila anda berjaya mara ke separuh akhir di mana-mana pertandingan, bermakna anda semakin menghampirinya.

"Kami sudah melaluinya tiga kali, jadi barisan pemain ini tahu bagaimana perasaannya.

"Kami mahu mara sejauh yang mungkin tetapi apabila anda gagal sebelum ini, pastinya anda mahu melakukan lebih baik selepas itu.

"Budaya di dalam pasukan semakin baik dan kami mempunyai barisan pemain serta jurulatih terbaik," katanya.

United akan terus memberi tumpuan kepada aksi Liga Perdana bertemu Chelsea awal pagi Isnin, tiga hari sebelum bertemu Crystal Palace di Selhurst Park.

Solskjaer menegaskan betapa pentingnya untuk kekal fokus menjelang aksi selepas ini.

"Bermula sekarang sehingga tempoh rehat antarabangsa, saya rasa kami mempunyai enam atau tujuh perlawanan. Semua perlawanan amat penting, jadi tempoh tiga minggu ini sangat genting," katanya.

Sumber: Harian Metro
Foto EPA