WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

BUFFON DIDENDA RM24,424

Penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon didenda 5,000 euro (RM24,424) oleh Persekutuan Bola Sepak Itali kerana didakwa menggunakan kata-kata kesat


Back To Sports Updates

Milan: Penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon didenda 5,000 euro (RM24,424) oleh Persekutuan Bola Sepak Itali kerana didakwa menggunakan kata-kata kesat berbaur keagamaan.

Pemenang Piala Dunia bersama skuad Itali yang berusia 43 tahun itu, terlepas daripada penggantungan atas kesalahan itu, dikatakan menggunakan kata-kata penghinaan ketika bercakap kepada rakan sepasukan selepas mereka melakarkan kemenangan 4-0 ke atas Parma pada 19 Disember lalu.

Buffon pemegang rekod beraksi dalam perlawanan Serie A dengan 653 perlawanan, tidak dikesan melakukan kesalahan itu di hadapan kamera tetapi terdapat rakaman audio mengenai insiden itu.

Sejak 2010, FA Itali mengambil tindakan disiplin terhadap beberapa pemain dan jurulatih kerana tidak menghormati agama atau Tuhan.

Namun denda berkenaan meningkat musim ini dengan keadaan stadium yang kosong membenarkan mikrofon dan kamera merakam perilaku tidak sepatutnya yang lebih menonjol antara pemain dan jurulatih.

Pemain tengah AS Roma, Bryan Cristante dan pemain Lazio, Manuel Lazzari kedua-duanya digantung musim ini kerana menggunakan kata-kata kesat berbaur keagamaan.

Persekutuan Itali juga mungkin mengambil tindakan berhubung insiden di padang membabitkan penyerang Inter Milan, Romelu Lukaku dan tonggak AC Milan, Zlatan Ibrahimovic pada Januari lalu.

Sumber: Harian Metro
Foto AFP