WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

ANCELOTTI YAKIN MAN CITY BAKAL JUARA

Pemain Manchester City Bernardo Silva meraikan gol ketiga pasukannya ketika menentang Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Goodison Park


Back To Sports Updates

LONDON: Pengendali Everton Carlo Ancelotti berkata dia menjangkakan Manchester City akan menjuarai Liga Perdana Inggeris selepas anak buah Pep Guardiola menewaskan pasukannya 3-1 untuk mendahului liga dengan kelebihan 10 mata.

Phil Foden, Riyad Mahrez dan Bernardo Silva menemui sasaran di Goodison Park untuk City melebarkan rekod kemenangan Liga Perdana kepada 17 perlawanan berturut-turut.

"Sukar untuk menyebut nama lain ketika ini. Mereka dalam prestasi terbaik, mempunyai keyakinan dan kekuatan.

"Kami cuba bermain lebih fizikal tetapi sukar menentang Rodrigo, (Ruben) Dias dan (Aymeric) Laporte," kata Ancelotti ketika ditanya adakah pasukannya ditewaskan oleh juara.

Everton yang kini berada di tangga ketujuh liga, menjaringkan gol penyamaan di babak pertama menerusi Richarlison.

Guardiola pula berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang kini semakin hampir untuk merangkul gelaran ketiga dalam empat musim.

"Kami mempunyai kualiti di barisan hadapan tetapi ia sentiasa datang menerusi hantaran-hantaran.

"Kami perlu lebih bersabar, ia terbukti ketika gol kedua. Kami perlu cuba meletakkan penyerang di posisi lebih baik," kata Guardiola.

Dalam satu lagi aksi liga, Fulham terlepas peluang untuk mengutip mata penuh apabila Burnley bangkit mengikat mereka 1-1.

Ola Aina membuka jaringan untuk Fulham tetapi Ashley Barnes kembali menyamakan kedudukan.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP