WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

MBAPPE PENGGANTI MESSI, RONALDO

Penyerang PSG Kylian Mbappe meledak hatrik ketika menewaskan Barcelona 4-1 dalam aksi Liga Juara-Juara di Camp Nou


Back To Sports Updates

LONDON: Rio Ferdinand percaya Kylian Mbappe berada dalam liga tersendiri dan akan mengambil alih takhta daripada Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Pemain Paris Saint-Germain itu meledak hatrik ketika menewaskan Barcelona 4-1 dalam aksi pertama kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara di Camp Nou.

Barca mendahului permainan menerusi sepakan penalti Lionel Messi tetapi penyerang PSG itu menyamakan kedudukan pada minit ke-32.

Dia kemudian meletakkan pasukannya di depan dan melengkapkan hatrik di babak kedua selepas Moise Kean menjadikan kedudukan 3-1.

Menurut Ferdinand, Mbappe membuktikan yang dia bersedia untuk perlawanan besar dan mendahului mana-mana pemain muda terbaik dunia ketika ini.

"Mbappe di liganya tersendiri, dalam ramai-ramai pemain muda dia jauh mendahului.

"Orang terlupa yang dia baru berusia 22 tahun, dengan gelaran juara Piala Dunia dan apa yang dilakukan dalam Liga Perancis serta Liga Juara-Juara, dia amat menakjubkan.

"Saya rasa dia akan mengambil takhta itu daripada Messi dan Ronaldo selepas era mereka tamat. Ketika ini dia tiada pesaing," kata Ferdinand.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP