WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

UNITED IKAT GREENWOOD HINGGA 2025

Greenwood bersama pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjær pada majlis menandatangani kontrak


Back To Sports Updates

MANCHESTER: Bintang muda England, Mason Greenwood menandatangani kontrak jangka panjang bersama Manchester United.

Pemain berusia 19 tahun itu menandatangani kontrak empat tahun untuk kekal di Old Trafford sehingga Jun 2025, dengan pilihan untuk lanjutan selama 12 bulan.

Greenwood yang juga penjaring gol termuda United dalam bola sepak Eropah, sudah membuat 82 penampilan untuk The Red Devils.

Dia memberitahu laman web kelab: "Apabila anda sertai kelab ketika umur tujuh tahun, sudah tentu anda mengimpikan untuk beraksi bersama pasukan utama satu hari nanti.

"Saya bekerja keras untuk mencapai tahap ini dan dua tahun terakhir sangat mengagumkan.

"Banyak lagi perkara yang saya mahu capai dalam permainan dan saya tahu ini adalah persekitaran terbaik untuk saya bermain bola sepak.

"Berdasarkan sokongan pengurus, staf kejurulatihan dan ramai pemain hebat yang saya boleh belajar, saya percaya saya boleh berkembang setiap hari," katanya.

Sumber: Berita Harian