WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

SOLSKJAER KECEWA MAN UTD TERUS CICIR MATA

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer selepas perlawanan Liga Perdana menentang West Bromwich Albion di Stadium The Hawthorns


Back To Sports Updates

LONDON: Usaha Manchester United mengejar gelaran Liga Perdana semakin sukar apabila seri 1-1 berdepan pasukan bergelut, West Brom malam tadi.

United mencicirkan mata dalam lima daripada tujuh perlawanan terakhir mereka yang membolehkan Manchester City mencipta jurang tujuh mata dalam liga bersama satu perlawanan dalam tangan.

Satu mata cukup meletakkan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer kembali di atas Leicester di kedududukan kedua menerusi perbezaan gol.

Skuad kendalian Sam Allardyce memiliki peluang lebih baik untuk menang perlawanan berkenaan yang menambah peluang mereka mengelak penyingkiran.

United melakukan permulaan terburuk apabila Conor Gallagher menghantar bola lintang yang disudahkan menerusi tandukan Mbaye Diagne selepas mengatasi Victor Lindelof dalam tempoh hanya 80 saat.

"Kami memberikan diri kami sendiri permulaan yang sukar," kata Solskjaer dengan skuadnya ketinggalan dalam lapan daripada 12 perlawanan di tempat lawan musim ini.

"Anda ada 90 minit untuk membalas kesilapan itu dan tidak perlu panik tetapi saya rasa kami tidak membina rentak itu hingga lewat babak pertama.

"Babak pertama kami menguasai tetapi ada beberapa ketika kami boleh tewas perlawanan itu."

Sumber: Berita Harian
Foto AFP