WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

PENGADIL EPL TERIMA UGUTAN BUNUH

Pengadil Liga Perdana Inggeris (EPL), Mike Dean membuat laporan polis selepas keluarganya menerima ugutan bunuh berikutan dua kad merah kontroversi


Back To Sports Updates

London: Pengadil Liga Perdana Inggeris (EPL), Mike Dean membuat laporan polis selepas keluarganya menerima ugutan bunuh berikutan dua kad merah kontroversi dilayangkannya sepanjang minggu lalu.

Dean dikritik hebat kerana melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan Southampton, Jen Bednarek ketika menentang Manchester United Selasa lalu dan pemain West Ham, Tomas Soucek di Fulham pada Sabtu.

Kedua-dua keputusan dibatalkan selepas rayuan oleh kelab masing-masing.

Laporan mengatakan Dean meminta untuk dikecualikan daripada tugas hujung minggu depan tetapi difahamkan dia akan mengadili perlawanan pusingan kelima Piala FA antara Leicester dan Brighton, esok.

Pengarah Urusan Professional Game Match Officials Limited (PGMOL), Mike Riley menyokong keputusan Dean membuat laporan polis.

"Ancaman sebegini tidak boleh diterima dan kami menyokong penuh keputusan Mike untuk melaporkan mesej ugutan ke atas keluarganya kepada pihak polis." katanya.

Sumber: Harian Metro
Foto AFP