WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

KHABIB BANTU, BIMBING BEKAS PENAGIH

Khabib Nurmagomedov kini bekerja sama rapat dengan sebuah pusat pemulihan dadah amal


Back To Sports Updates

Dagestan, Rusia: Khabib Nurmagomedov kini bekerja sama rapat dengan sebuah pusat pemulihan dadah amal.

Juara lightweight UFC, yang bersara pada Oktober lalu meluangkan masa bersama rakan sepelatihnya, Magomedzaid Zaidov.

Magomedzaid sebelum ini berdepan masalah ketagihan dadah selama kira-kira lapan tahun tetapi kini menubuhkan sebuah pusat pemulihan selain bertarung di MMA.

Dia berkata Khabib memainkan tugas penting dalam memberi inspirasi kepada bekas penagih di kampung halamannya di Dagestan.

Ia bagi membantu mereka mengatasi masalah, selain peranan ikon berpengaruh yang dapat memberikan motivasi dan sokongan kepada individu berkenaan.

Magomedzaid, 29, memberitahu Sport Express: "Khabib dengan rela hati mahu terbabit dengan lebih dekat dalam proses untuk membantu bekas penagih dadah.

"Dia membantu ramai orang. Terdapat kira-kira 50 orang yang dibantu dalam proses pemulihan.

"Khabib meluangkan masa, hadir, memberi perhatian, bercakap dengan mereka. Ia adalah tindakan utama selepas pembiayaan kewangan.

"Perhatian diberikan kepada seseorang itu sangat bermakna. Khabib sangat membantu dalam perkara ini - mereka ini daripada kawasan di mana dia membesar."

Magomedzaid dengan rekod 2-0 sebagai atlet profesional bertanding di bawah banner Kejuaraan Pertarungan Eagle yang dikendalikan Khabib dan akan berdepan Ruslan Goncharov dalam pertarungan selepas ini.

Di sebalik berkongsi latihan di gim yang sama, Khabib ketika ini dilaporkan tidak mempunyai perancangan untuk kembali ke UFC.

Sumber: Harian Metro
Foto Agensi