• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

FERDINAND ANGGAP PELUANG UNITED TIPIS

Rio Ferdinand percaya Manchester United sudah terkeluar daripada persaingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris


Back To Sports Updates

LONDON: Rio Ferdinand percaya Manchester United sudah terkeluar daripada persaingan kejuaraan selepas tercicir mata ketika menentang Everton Sabtu lalu.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer terlepas peluang menyamai kutipan mata pendahulu Liga Perdana Inggeris Manchester City - yang bermain kurang satu perlawanan - selepas Dominic Calvert-Lewin menjaringkan gol penyamaan minit ke-95 untuk Everton mengikat United 3-3.

"Kami tidak menjangkakan untuk menjadi pencabar kejuaraan musim ini. Kami ketinggalan terlalu jauh di belakang Liverpool musim lalu.

"Anda tidak boleh menjangkakan lonjakan amat besar untuk memenangi liga, ia mustahil.

"Tetapi saya seperti peminat lain. Anda melihat kedudukan liga, melihat keputusan, anda menjadi teruja.

"Apabila anda meletakkan diri anda dalam kedudukan itu, Man United perlu mendapatkannya. Anda sudah berada di sana dan ada peluang.

"Apabila peluang terbuka, anda perlu memanfaatkannya. Masalahnya ialah kami membiarkan peluang itu terlepas daripada genggaman.

"Anda boleh lihat Man City dengan pengalaman mereka, mereka dapat peluang dan menggunakannya dengan baik.

"Tetapi United tersangkut-sangkut, tidak melakukannya dengan lancar. Ia menyingkirkan kami daripada saingan kejuaraan, kecuali kami menukar tabiat kami dan lebih konsisten," kata Ferdinand.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP