WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

KAD MERAH BEDNAREK DIBATALKAN

Pengadil Mike Dean meneliti rakaman VAR beberapa kali sebelum melayangkan kad merah kepada Jan Bednarek


Back To Sports Updates

LONDON: Southampton berjaya dalam rayuan mereka terhadap penggantungan Jan Bednarek susulan kad merah ketika kekalahan 9-0 di tangan Manchester United.

Pertahanan itu terus dilayangkan kad merah kerana mengasari Anthony Martial dalam kotak penalti selepas pengadil Mike Dean meneliti rakaman VAR beberapa kali.

Southampton merayu kepada Persatuan Bolasepak Inggeris (FA), yang mengakui ia adalah keputusan yang silap, dan Bednarek boleh diturunkan untuk perlawanan seterusnya, termasuk kunjungan ke Newcastle esok.

Keputusan itu, termasuk ketika kekalahan di tangan Aston Villa Sabtu lalu, menjurus kepada Southampton membuat permohonan untuk tidak membenarkan Dean dan Lee Mason mengadili perlawanan mereka pada masa akan datang.

"Jan Bednarek boleh diturunkan pada perlawanan Southampton FC seterusnya selepas Suruhanjaya Kawal Selia menyokong dakwaan penyingkiran tidak sah dan menarik semula penggantungan.

"Pemain pertahanan itu dibuang padang kerana menghalang peluang terbuka untuk menjaringkan gol ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Manchester United pada Selasa," kata FA.

Southampton ketika itu ketinggalan 7-0, selepas kehilangan Alex Jankewitz seawal minit kedua kerana mengasari Scott McTominay, apabila Bednarek didakwa menjatuhkan Martial dalam kotak penalti tiga minit sebelum tamat permainan.

Insiden itu kelihatan seperti hanya sentuhan ringan, tetapi selepas melihat ulang tayang VAR selama beberapa minit, Dean memberikan sepakan penalti dan melayangkan kad merah kepada Bednarek.

Bednarek membantah ketika berjalan memasuki terowong sambil berkata: "Martial kata ia bukan satu kekasaran".

Ketika kekalahan 1-0 kepada Aston Villa, Matty Cash jelas menyentuh bola dengan tangannya dalam kotak penalti dan gol penyamaan Danny Ings dalam masa kecederaan dibatalkan kerana ofsaid.

Dalam kekalahan di Old Trafford, ketika ketinggalan 4-0, jaringan Che Adams juga dibatalkan kerana ofsaid.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP