WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

'MUDAH MENANG PIALA DI CHELSEA'

Bos Tottenham, Jose Mourinho meningkatkan tekanan terhadap pengurus baharu Chelsea, Thomas Tuchel


Back To Sports Updates

LONDON: Bos Tottenham, Jose Mourinho meningkatkan tekanan terhadap pengurus baharu Chelsea, Thomas Tuchel dengan menegaskan adalah mudah untuk menang trofi di Stamford Bridge.

Mourinho menang tiga gelaran Liga Perdana serta Piala FA serta Piala Liga ketika dua musim bersama Chelsea.

Walaupun jurulatih dari Portugal itu dipecat dua kali oleh pemilik Chelsea, Roman Abramovich, Mourinho menegaskan sokongan kewangan yang boleh diberikan bos Blues itu bermakna kejayaan tidak sukar dicapai.

Ia pastinya bukan nasihat yang dimahukan bekas pengendali Paris Saint-Germain, Tuchel, yang akan berdepan Mourinho ketika Chelsea berkunjung ke Tottenham awal pagi esok.

"Saya tidak rasa ia sangat sukar buat jurulatih Chelsea kerana saya menjadi juara tiga kali, (Carlo) Ancelotti juga juara, Antonio Conte juga juara," kata Mourinho.

"Ia tidak boleh menjadi sangat, sangat sukar kerana kami menang gelaran di sana.

"Saya percaya Chelsea sentiasa ada pemain hebat dan skuad hebat serta jurulatih bagus yang sentiasa gembira bekerja bersama kelab ini dan bersama pemain yang memberikan anda peluang baik untuk berjaya dan menang gelaran."

Sumber: Berita Harian
Foto AFP