WHAT'S NEXT

CATS UJUNG MINGGU

01.00pm - 04.00pm

BARCELONA NYARIS TERSINGKIR

Antoine Griezmann mencetuskan kebangkitan Barcelona yang menewaskan Granada 5-3 pada masa tambahan


Back To Sports Updates

Madrid: Antoine Griezmann mencetuskan kebangkitan Barcelona yang menewaskan Granada 5-3 pada masa tambahan untuk mara ke separuh akhir Piala Raja Sepanyol.

Barca hampir tersingkir di Los Carmenes apabila Granada mendahului 2-0 ketika permainan berbaki dua minit tetapi Griezmann menjaringkan gol pada minit ke-88 dan membantu Jordi Alba menyamakan kedudukan pada minit ke-92.

Griezmann kemudiannya meletakkan Barca di depan pada masa tambahan tetapi disamakan pemain Granada, Fede Vico menerusi penalti untuk kedudukan 3-3.

Frenkie de Jong kembali meletakkan pelawat di depan sebelum Alba melengkapkan kemenangan dramatik Barca juga hasil bantuan Griezmann.

Ronald Koeman mengakui Piala Raja Sepanyol adalah peluang terbaik untuk mereka menjulang trofi musim ini selepas ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu La Liga, Atletico Madrid dan bakal berdepan gergasi Perancis, Paris Saint-Germain dalam saingan Liga Juara-Juara selepas ini.

Granada mengejutkan gergasi Sepanyol itu menerusi jaringan Robert Kenedy dan Roberto Soldado yang hampir membawa mereka ke peringkat empat terakhir tetapi skuad Koeman yang diketuai Messi sebagai perancang dan Griezmann mempamerkan aksi terbaik sejak berpindah dari Atletico 18 bulan lalu.

"Perlawanan dan keputusan seperti ini akan menyuntik semangat dan kekuatan kami,'' kata Koeman. "Ini adalah detik yang boleh menjadi sangat penting musim ini.''

Griezmann kini meledak enam gol dan mencipta tujuh bantuan jaringan dalam sembilan aksi terakhir.

"Sekarang saya perlukan konsistensi," kata Griezmann. "Saya berasa lebih bagus sejak Januari dan saya mahu kekalkannya sehingga penghujung musim. Saya rasa seperti mendapat keyakinan daripada jurulatih dan rakan sepasukan."

Barca kini pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan selepas tersingkirnya Atletico dan Real Madrid. Turut mara ialah Sevilla yang menewaskan Almeria semalam dan Levante mencipta kejutan dengan menewaskan Villarreal 1-0.

Real Betis atau Athletic Bilbao akan berentap awal pagi esok untuk merebut slot terakhir Piala Raja Sepanyol.

Sumber: Harian Metro
Foto AFP