WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

MESSI KEKAL BERSAMA BARCA?

Lionel Messi mahu terus kekal di Barcelona musim depan, tegas calon presiden, Joan Laporta


Back To Sports Updates

Barcelona: Lionel Messi mahu terus kekal di Barcelona musim depan, tegas calon presiden, Joan Laporta.

Kapten kelab berusia 33 tahun itu bakal tamat kontrak pada penghujung musim ini. Dia hampir meninggalkan kelab pada musim panas lalu namun membuat pusingan U bagi menghormati kontraknya yang memasuki tahun akhir.

Menurutnya pada Disember lalu, dia masih tidak tahu apa akan dilakukan pada musim panas ketika Manchester City dan Paris St Germain bersaing mendapatkan tandatangannya dengan yuran perpindahan percuma.

Tetapi Laporta menegaskan Messi akan kekal di Nou Camp dan hutang Barcelona berjumlah £1 bilion (RM5.53 bilion) bukan angkara pemain Argentina itu.

Calon pilihan untuk memenangi pilihanraya presiden pada 7 Mac depan itu berkata: "Saya mempunyai petanda dia berasa bagus di Barcelona dan dia mahu kekal di sini.

"Messi mendatangkan lebih keuntungan berbanding diri dia sendiri. Kajian kami mendapati satu pertiga pendapatan kelab datang daripadanya.

"Bukan Messi yang merosakkan kelab, ia adalah lembaga pengarah sebelum ini yang kurang berdisiplin dari segi kewangan pada 2015 dan terus merosot selepas menjual Neymar pada 2017."

Laporta menjadi ketua Barca di antara 2003 dan 2010 dan menyaksikan kemajuan Messi sehingga menjadi 'superstar' bola sepak.

Tugas pertamanya ialah memujuk Messi selepas dia bersengketa dengan bekas presiden, Josep Maria Bartomeu.

Ketika ditanya apa akan dilakukan jika pemenang enam kali Ballon d'Or itu tetap mahu berpindah, Laporta berkata: "Saya akan meminta dia menimbangkannya semula. Saya akan beritahu dia wang bukan jaminan untuk mencapai kemenangan. Jika Messi kekal, kami akan dapat membina kekuatan di sekelilingnya.''

Sumber: Harian Metro
Foto Agensi