• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

KABAK, DAVIES PERKASA KUBU LIVERPOOL

Liverpool akhirnya menambah kekuatan di bahagian pertahanan dengan menandatangani pemain Schalke, Ozan Kabak dan pemain Preston, Ben Davies


Back To Sports Updates

London: Liverpool akhirnya menambah kekuatan di bahagian pertahanan dengan menandatangani pemain Schalke, Ozan Kabak dan pemain Preston, Ben Davies sebelum tamat jendela perpindahan Liga Perdana awal pagi tadi.

Juara bertahan itu kehilangan kesemua pertahanan tengah senior dengan Virgil van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip yang tidak dapat beraksi akibat kecederaan.

Fabinho yang tangkas di bahagian itu selepas berpindah daripada posisi asalnya menjadi pemain terbaru mengalami kecederaan manakala kapten, Jordan Henderson yang kebiasaannya mengemudi jentera tengah terpaksa membantu bahagian belakang.

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp sebelum ini menegaskan pertahanan tengah yang baharu dapat menguatkan semula pasukan dan hajat pengendali itu akhirnya tercapai beberapa jam sebelum tempoh jendela perpindahan tamat.

Kabak berpindah secara pinjaman sehingga penghujung musim dengan yuran permulaan £1 juta (RM5.52j) dengan pilihan belian £18 juta (RM99.52j) pada akhir musim.

Pemain berusia 20 tahun tiba selepas dua tahun beraksi di Bundesliga, beraksi bersama Stuttgart sebelum menyertai Schalke pada Julai 2019.

Sebelum itu Kabak bermain di Galatasaray dan meraih tujuh kap bersama skuad kebangsaan Turki.

Davies, 25, pula ditandatangani dengan yuran awal dipercayai £500,000 (RM2.76j) dan beberapa tambahan lain.

Klopp mengakui mereka terpaksa mendapatkan pemain kurang dikenali susulan masalah kewangan akibat pandemik dan krisis kecederaan pasukan.

"Dalam situasi biasa jendela perpindahan, tanpa sebarang isu kami tidak akan memandang Preston jika kami tiada masalah," katanya.

"Tetapi sejak kami melihat dia dan masalah kecederaan pula bertambah, kami mula tertarik dengan Ben, 'Wow.' Kami nampak dan potensi dimilikinya.

Davies tampil 145 perlawanan dan menjaringkan dua gol sejak beraksi kali pertama pada 2013.

Sumber: Harian Metro
Foto AFP