WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

FERNANDES IKUT JEJAK CANTONA

Bruno Fernandes mengambil sepakan penalti ketika menentang Aston Villa dalam saingan Liga Perdana Inggeris


Back To Sports Updates

LONDON: Manchester United mungkin terlepas teraju Liga Perdana Inggeris selepas kekalahan di tangan Sheffield United, tetapi keupayaan mereka bersaing untuk kejuaraan musim ini membuktikan impak dibawa Bruno Fernandes di Old Trafford.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer bertandang ke Arsenal esok, genap setahun pemain tengah dari Portugal itu menyertai United yang ketika itu berada di tangga kelima, ketinggalan 30 mata di belakang pendahulu.

Kedudukan Solskjaer juga semakin goyah selepas tewas 2-0 kepada Burnley pada perlawanan terakhir liga sebelum ketibaan Fernandes.

Dalam 52 penampilan, pemain 26 tahun itu sudah meledak 28 gol dan melakukan 18 umpanan gol, melayakkannya untuk dibandingkan dengan legenda United Eric Cantona.

Dalam tempoh setahun, tidak ada pasukan yang mengutip lebih mata Liga Perdana berbanding United.

"Saya tidak melakukan apa-apa seakan mengatakan 'saya mahu menjadi ketua atau melakukan sesuatu yang luar biasa', ia cara semula jadi saya. Ia dalam permainan saya.

"Bagi saya yang penting ialah membantu setiap orang dengan suara dan tenaga saya, dan apa yang saya lakukan dalam permainan untuk membantu pasukan," kata Fernandes.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP