WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

TUCHEL SEDIA MANTAPKAN SEMULA CHELSEA

Thomas Tuchel mengadakan pertemuan pertama dengan pemain Chelsea di pusat latihan Cobham semalam


Back To Sports Updates

London: Thomas Tuchel mengadakan pertemuan pertama dengan pemain Chelsea di pusat latihan Cobham semalam selepas menggantikan Frank Lampard sebagai pengurus pasukan.

Tuchel, bekas pengendali Borussia Dortmund dan Paris Saint-Germain (PSG), tiba dengan pasukannya berada di kedudukan kesembilan Liga Perdana Inggeris selepas aksi merudum sejak kebelakangan ini.

Pengendali dari Jerman itu membuat penjelasan secara terbuka buat kali pertama bahawa Lampard sebelum ini sudah menyediakan asas yang kuat untuknya memacu Chelsea dan akan mengekalkan pemain muda sebagai fokus utama tugasannya.

Bagaimanapun, Tuchel menerangkan bahawa beliau akan melayan setiap pemain bermula dari kosong.

Beliau memberitahu pemainnya bahawa setiap orang mempunyai peluang untuk membuktikan kepadanya kelebihan masing-masing bagi disenaraikan dalam kesebelasan utama.

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich gembira melihat bagaimana tonggak muda berkembang dengan baik di bawah bimbingan Lampard dan memberitahu Tuchel bahawa perkara itu harus diteruskan.

Terdapat kegusaran dalam kalangan peminat Chelsea, bahawa Recce James, Mason Mount dan Billy Gilmour akan diketepikan selepas kehadiran pengendali baru itu namun perkara berkenaan dijangka tidak berlaku.

Apa yang penting bagi Tuchel sekarang ini adalah untuk melonjakkan Chelsea dalam saingan liga.

Pihak atasan di Stamford Bridge juga berharap Tuchel yang berdarah Jerman mampu membantu meningkatkan prestasi pemain yang dibeli Chelsea sebelum ini iaitu Timo Werner dan Kai Havertz.

Sumber: Harian Metro
Foto Agensi