WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

KLOPP BUNTU

Pengurus Liverpool, Juergen Klopp kecewa selepas Liverpool gagal mencari gol ketika berdepan Manchester United


Back To Sports Updates

LIVERPOOL: Jurgen Klopp berkata tiada jawapan kenapa Liverpool gagal meledak gol dalam tiga perlawanan liga berturut-turut buat pertama kali dalam 16 tahun selepas seri 0-0 di laman sendiri berdepan Manchester United.

Juara bertahan itu memerlukan ketangkasan penjaga gol, Alisson Becker untuk menyelamatkan rekod tanpa kalah dalam Liga Perdana di Anfield kepada 68 perlawanan apabila bintang Brazil itu menafikan cubaan Bruno Fernandes dan Paul Pogba.

Skuad kendalian Klopp kini gagal menang dalam empat perlawanan terakhir liga seterusnya jatuh ke tangga keempat, tiga mata di belakang United.

"Tiada jawapan mudah. Kami sentiasa terlepas peluang, walaupun dalam perlawanan yang kami menang, kami melalui satu lagi yang kami sudah biasa lalui," kata Klopp.

"Kami perlu bagus untuk mendapatkan mata. Saya rasa kami beraksi baik untuk mendapatkan tiga mata tetapi kami gagal menjaringkan gol.

"Saat seperti ini berlaku dalam bola sepak. Ada ketikanya anda tidak boleh menerangkan kenapa anda tidak boleh menjaringkan gol daripada semua sudut, seperti kami lakukan berdepan Crystal Palace (menang 7-0).

"Anda perlu mencipta, mencipta dan mencipta dan kemudian anda akan menjaringkan gol."

Liverpool mendominasi bola pada babak pertama sebelum United bangkit selepas rehat, namun mereka jarang memberi masalah buat David de Gea.

Sumber: Berita Harian
Foto EPA