WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

MAN UTD KEKAL TERAJUI LIGA

Manchester United bertahan di kedudukan teratas Liga Perdana selepas penjaga gol Liverpool, Alisson Becker menyelamatkan pasukannya


Back To Sports Updates

LONDON: Manchester United bertahan di kedudukan teratas Liga Perdana selepas penjaga gol Liverpool, Alisson Becker menyelamatkan pasukannya untuk keputusan seri 0-0, manakala Manchester City mara ke kedudukan kedua apabila menang 4-0 mengatasi Crystal Palace sebentar tadi.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer memiliki peluang lebih baik dalam pertembungan antara kedua pencabar utama bola sepak England itu.

Alisson menyelamatkan cubaan Bruno Fernandes dan Paul Pogba pada babak kedua namun kedua-dua kelab tidak mampu mencari kemenangan.

United kini dua mata di depan pasukan tanggga kedua, Manchester City, yang memiliki dua perlawanan dalam tangan dan pasukan tangga ketiga, Leicester.

United di kedudukan teratas selepas Tahun Baharu buat pertama kali sejak persaraan Alex Ferguson pada 2013 hasil sembilan kemenangan daripada 12 perlawanan tanpa kalah.

Meninggalkan Anfield tanpa kalah adalah keputusan yang bagus ketika mereka mengejar gelaran pertama dalam lapan tahun, namun United mungkin merasakan mereka terlepas peluang terbaik untuk memberi tekanan terhadap Liverpool selepas pelbagai masalah dialami seteru utama itu.

"Hanya keputusan yang bagus jika kami menang perlawanan berikutnya. Ini peluang yang kami lepaskan tapi kami bermain baik," kata Solskjaer.

"Saya rasa kami sudah semakin meningkat dalam perlawanan dan pada penghujung ia ada di sana untuk kami menangi. Kami mencipta dua peluang besar tetapi ia diselamatkan oleh penjaga gol."

Sumber: Berita Harian
Foto AFP