WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

MAN CITY LONJAK TANGGA KETIGA

Phil Foden membantu Manchester City melonjak di tangga ketiga Liga Perdana ketika anak buah Pep Guardiola berdepan cabaran sengit


Back To Sports Updates

Manchester: Phil Foden membantu Manchester City melonjak di tangga ketiga Liga Perdana ketika anak buah Pep Guardiola berdepan cabaran sengit untuk menewaskan Brighton 1-0 hari ini.

Ketika ramai memperkatakan mengenai persaingan dua pendahulu teratas, Manchester United dan Liverpool, City dilihat turut mempunyai keupayaan merebut kejuaraan liga.

Juara liga 2018 dan 2019 itu memulakan musim ini dengan hambar namun memperoleh rentak kemenangan kembali sejak beberapa minggu lalu dan kini hanya satu mata di belakang Liverpool dan masih mempunyai kelebihan satu perlawanan.

City beraksi tanpa penyerang berkaliber ketika bertemu anak buah Graham Potter namun di sebalik gagal membariskan pasukan utama, gol tunggal Foden pada babak pertama sudah memadai untuk meraih tiga mata penuh.

"Kami tahu betapa sukar perlawanan itu. Barisan pemain Brighton mempunyai kekuatan mental yang tinggi.

"Pemain beraksi baik pada separuh masa pertama dan memperolehi beberapa peluang terbaik.

"Kami perlu mencatatkan kemenangan dengan cara seperti ini. Ia memberi pengajaran kepada pemain. Setiap perlawanan akan sama sahaja seperti ini," katanya.

Foden menyumbang gol minit ke-44 selepas menerima hantaran cantik dari De Bruyne.

Pemain berusia 20 tahun itu kemudian melepasi dua pertahanan Brighton sebelum meledak gol ke gawang lawan.

Sumber: Harian Metro
Foto EPA