WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

MAN UNITED IKAT AMAD DIALLO

Manchester United menyempurnakan perpindahan pemain sayap Ivory Coast Amad Diallo dari kelab Serie A Atalanta


Back To Sports Updates

LONDON: Manchester United menyempurnakan perpindahan pemain sayap Ivory Coast Amad Diallo dari kelab Serie A Atalanta.

Pemain 18 tahun itu menandatangani kontrak di Old Trafford sehingga tahun 2025, dengan pilihan tambahan setahun.

Perjanjian antara kedua-dua kelab itu kali pertama diumumkan pada 5 Oktober tetapi perpindahan bergantung kepada pemeriksaan kesihatan, permit kerja dan syarat-syarat peribadi.

Kini semuanya sudah diselesaikan dan permohonan visa juga dibuat. Sebaik visa dikeluarkan, Diallo boleh terus ke Manchester.

Diallo membuat lima penampilan untuk skuad senior Atalanta dan menjaringkan satu gol.

Pengendali United Ole Gunnar Solskjaer berkata pemain remaja itu berada dalam radar kelab sejak beberapa tahun lalu.

"Manchester United mempunyai sejarah membanggakan dalam membentuk pemain muda dan semuanya tersedia buat Amad untuk mencapai potensinya di sini.

"DIa akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri tetapi kepantasannya, penglihatan dan keupayaan menggelecek akan memudahkannya.

"Dia seorang yang mempunyai bakat diperlukan untuk menjadi pemain penting buat Manchester United pada masa akan datang," kata Solskjaer.

Bagi Diallo perpindahan ke Old Trafford adalah impian menjadi kenyataan buat dirinya.

"Saya mempunyai masa untuk bersiap bagi perpindahan ini, secara mental dan fizikal.

"Saya bekerja keras untuk bersedia mempertingkatkan diri bagi menyertai kelab hebat ini," kata Diallo.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP