WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

'SALAH CUAI, SANTAI'

Mohamed Salah dilabel sebagai agak 'cuai dan santai' oleh bekas pemain Liverpool


Back To Sports Updates

London: Mohamed Salah dilabel sebagai agak 'cuai dan santai' oleh bekas pemain Liverpool, Don Hutchinson yang berasakan ia menguatkan khabar angin penghijrahannya mungkin benar.

Penyerang Reds itu melepaskan dua peluang terbaik ketika Liverpool seri bertemu Newcastle di tempat lawan.

Kebiasaannya, bintang Mesir itu akan berusaha sedaya upaya untuk menjaringkan gol dan ia dibuktikan menerusi jumlah jaringannya selama tiga tahun setengah di Anfield.

Bagaimanapun Salah dilihat sering mengecewakan penyokong berikutan prestasi terkini dipamerkannya.

Kemampuannya untuk menjadi kunci kemenangan Liverpool menyebabkannya mempunyai sikap mementingkan diri sendiri dalam corak permainannya yang sekali gus mengurangkan ketepatan untuk menjaringkan gol.

Baru-baru ini Salah secara terbuka menyatakan kesediaan untuk berhijrah ketika ditanya kemungkinan untuknya berpindah ke Real Madrid atau Barcelona.

"Saya rasa dia adalah seorang pemain berkelas dunia. Tetapi dia mengecewakan anda apabila menyaksikannya beraksi dan ia bukan sekadar mengenai penyudahnya sahaja.

"Dia gagal melakukan hantaran dengan baik, nampak agak cuai dan santai.

"Kadangkala dia mengecewakan Liverpool. Dia memberikan bola kepada lawan dan Liverpool terpaksa memulakan gerakan baru semula," kata Hutchinson.

Sumber: Harian Metro