WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

MAN UNITED NAK JUAL POGBA

Manchester United akan menjual Paul Pogba pada musim panas selepas menerima keputusan bintang Perancis itu untuk tidak akan menyambung kontrak baharu


Back To Sports Updates

London: Manchester United akan menjual Paul Pogba pada musim panas selepas menerima keputusan bintang Perancis itu untuk tidak akan menyambung kontrak baharu.

Pogba, 27, kembali kepada prestasi sebenar sejak ejennya, Mino Raiola pada bulan lalu sekali lagi mengesahkan pemain tengah bernilai £89 juta (RM489.6 juta) itu mahu meninggalkan Old Trafford.

United mensasarkan untuk melanjutkan kontraknya selama setahun lagi sekali gus menyaksikannya kekal bersama kelab itu sehingga 2022.

Bagaimanapun ketika pengurus, Ole Gunnar Solskjaer gembira dengan prestasi Pogba, United perlu menerima hakikat untuk menjual pemain itu pada hujung musim ini bagi mendapatkan wang selepas membelinya semula daripada Juventus pada 2016.

Bruno Fernandes pula muncul pemain paling menyerlah untuk United sejak tahun lalu.

Bintang Portugal itu selepas kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa di Old Trafford, Jumaat lalu berkata, dia percaya Solskjaer dalam usaha untuk membentuk pasukan yang istimewa.

Real Madrid, Juventus dan Paris St Germain (PSG) pula dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Pogba.

United berharap perebutan antara tiga kelab itu bakal menyaksikan nilai Pogba melonjak sekali gus memperoleh keuntungan apabila menjualnya.

Sumber: Harian Metro