WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

SAYA MAHU MESSI KEKAL DI NOU CAMP - LAPORTA

Lionel Messi semasa perlawanan La Liga Santander antara FC Barcelona dan Valencia di Camp Nou, Barcelona, Sepanyol, 19 Dis, 2020


Back To Sports Updates

Joan Laporta mahu Lionel Messi kekal di Barcelona dan yakin dia mempunyai kelebihan berbanding calon presiden yang lain.

Messi, 33, bakal kehabisan kontrak pada penghujung musim ini, selepas meminta untuk berhijrah pada penghujung musim 2020-21.

Sebelum ini bertindak sebagai presiden antara 2003 dan 2010, Laporta kembali bertanding, dengan pemilihan akan berlangsung pada 24 Januari.

Dia mahu Messi kekal di Barca dan berasakan dia mempunyai kelebihan berbanding calon lain.

"Sekiranya saya memenangi kerusi presiden sekali lagi, saya ingin membuat cadangan yang sangat kompetitif dan saya mengetahui dia akan mendengar apa yang akan katakan. Saya mahu dia kekal," kata Laporta.

"Saya mempunyai kelebihan berbanding orang lain, dia tahu saya selalu memenuhi apa yang saya katakan. Kami mempunyai hubungan yang baik, kami saling menghargai dan saling menghormati.

"Sekiranya saya presiden, saya rasa ada pilihan untuk diikuti."

Sumber: Astro Arena