WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

CHELSEA BANGKIT LAKAR KEMENANGAN SELEPAS TEWAS DUA KALI

Tammy Abraham meledakkan dua gol untuk membantu Chelsea menewaskan West Ham 3-0


Back To Sports Updates

London: Tammy Abraham meledakkan dua gol untuk membantu Chelsea menewaskan West Ham 3-0 dan kembali memberikan cabaran dalam saingan Liga Perdana selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut.

The Hammers membuktikan mereka lawan yang sukar di Stamford Bridge tapi tidak cukup untuk merobek gawang skuad pimpinan Frank Lampard yang mendahului menerusi jaringan Thiago Silva.

Chelsea bermula dengan cemerlang pada awal musim sebelum kekalahan kepada Everton dan Wolves yang membantutkan kemaraan mereka namun kemenangan di Stadium London kembali melonjakkan kedudukan mereka ke tangga kelima.

Juara bertahan Liverpool mendahului dengan lima mata ke atas pesaing terdekat Leicester, tetapi tujuh mata memisahkan antara penghuni tangga kedua itu dengan Wolves yang berada di tangga ke-11.

"Satu keputusan yang menggembirakan di penghujungnya kerana kami berdepan keadaan yang sukar ketika kedudukan 1-0 tapi kami dapat menanganinya dengan baik.

"Prestasi kami menurun sedikit sebelum ini namun yang penting kami kembali malam ini.

"Ada banyak perkara untuk pasukan menunjukkan watak masing-masing dan kami mahukan lebih banyak.

"Krismas untuk semua orang tahun ini tidak sama. Kami perlu melakukan persiapan bertemu Arsenal, ia tempoh yang sibuk buat kami," kata Lampard.

Chelsea kini mengumpul 25 mata, satu di belakang Everton yang menghuni tangga keempat, manakala West Ham kekal di tangga ke-10.

Sumber: Harian Metro
Foto AFP