WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

DIEGO MARADONA MENINGGAL DUNIA

Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona meninggal dunia pada umur 60 tahun


Back To Sports Updates

BUENOS AIRES: Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona meninggal dunia pada umur 60 tahun, menurut jurucakap keluarganya.

Maradona antara pemain terbaik sepanjang zaman dan juga bekas kapten Argentina meninggal dunia akibat serangan jantung. Beliau juga baru sahaja menjalani pembedahan otak awal bulan ini.

Presiden Alberto Fernandez serta merta mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari di seluruh negara.

Sejurus sebelum berita mengejutkan itu, media Argentina melaporkan Maradona mengalami masalah kesihatan yang serius dan dipantau rapi doktor di rumahnya di utara Buenos Aires.

Sumber: Berita Harian