WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

UNDERTAKER SOKONG KHABIB KEMBALI BERAKSI

Legenda WWE, The Undertaker menyokong Khabib Nurmagomedov untuk keluar daripada persaraan


Back To Sports Updates

New York: Legenda WWE, The Undertaker menyokong Khabib Nurmagomedov untuk keluar daripada persaraan kerana 'masih ada angka yang perlu diburu di luar sana'.

Khabib membuat keputusan mengejut untuk bersara selepas menewaskan Justin Gaethje di UFC 254.

Bagaimanapun Undertaker yang meminati saingan UFC menjangkkan Khabib akan kembali semula ke gelanggang untuk lawan dan ganjaran yang berbaloi.

Dia memberitahu ESPN: "Saya rasa dia akan kembali beraksi. Kita dapat saksikannya apabila ada yang kembali selepas dengan yakin mengumumkan persaraan sebelum itu.

"Lihat berapa kali Conor (McGregor) mengumumkan persaraan? Berapa kali juga Jon Jones mengumumkan persaraan?

"Ia akan berlaku apabila terdapat perlawanan di luar sana dan ada angka yang mendorong anda menyatakan 'Saya masih mampu melakukannya'."

Undertaker atau nama sebenarnya Mark Calaway sudah mengumumkan persaraannya pada Jun lalu.

Presiden UFC, Dana White juga menjangkakan Khabib akan beraksi sekali lagi untuk melengkapkan karier sebanyak 30 perlawanan.

Kemenangan Khabib ke atas Gaethje adalah perlawanan pertamanya sejak kehilangan bapa, Abdulmanap yang meninggal dunia pada usia 57 tahun kerana wabak Covid-19.

Bagaimanapun sebelum itu, Khabib pernah menyatakan bapanya mahu dia melengkapkan rekod kemenangan 30-0 sebelum bersara.

Sumber: Harian Metro
Foto Agensi