WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

MCGREGOR JUMPA POIRIER DI UFC 257

Conor McGregor akan kembali daripada persaraan untuk bertarung dengan Dustin Poirier pada Januari depan


Back To Sports Updates

LOS ANGELES: Conor McGregor akan kembali daripada persaraan untuk bertarung dengan Dustin Poirier pada Januari, kata bintang seni bela diri campuran Ireland itu.

Menurut kenyataan laman rasmi atlet berkenaan, TheMacLife.com, pertarungan kategori 70kg itu akan berlangsung pada 23 Januari, dengan Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu menjadi gelanggang pilihan.

Laman itu menjelaskan McGregor sudah menandatangani perjanjian untuk bertarung dalam acara utama di UFC 257. Poirier juga turut menandatanganinya.

"Saya gembira dapat kembali dan melakukan apa yang saya cintai sekali lagi.

"Saya tidak sabar menghadapi cabaran baharu dibawa Dustin sejak pertarungan pertama kami, sambil menunjukkan kemampuan saya," kata McGregor.

McGregor, yang menewaskan Poirier dengan knockout pusingan pertama pada tahun 2014, tidak masuk gelanggang sejak Januari lalu selepas dia menewaskan Donald Cerrone dalam tempoh 40 saat.

McGregor, yang beberapa kali mengumumkan persaraannya tetapi kembali semula ke gelanggang oktagon, pada Julai lalu berkata dia sudah bersara sepenuhnya.

Bagaimanapun ramai tidak mempercayai kata-katanya, dan McGregor terus dikaitkan dengan pertarungan menentang ikon tinju Filipina Manny Pacquiao sebelum pertemuan dengan Poirier disahkan.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP