WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

LAMPARD GESA BATAL PERLAWANAN ESOK

Frank Lampard meminta pengurusan Liga Perdana Inggeris (EPL) membatalkan perlawanan esok


Back To Sports Updates

London: Frank Lampard meminta pengurusan Liga Perdana Inggeris (EPL) membatalkan perlawanan esok ketika barisan pemain Chelsea yang keletihan daripada tugasan antarabangsa akan bertemu Newcastle.

Lampard percaya adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila Liga Perdana dan stesen penyiar mahu mengadakan perlawanan esok kerana barisan pemainnya masih keletihan.

Bos Chelsea itu berdepan isu beberapa barisan pemain bintangnya hanya pulang ke England semalam selepas mengelilingi seluruh dunia untuk beraksi di Liga Negara-Negara.

Mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk berehat atau menjalani latihan sebelum berkunjung ke St James Park esok dan Lampard bimbang dengan tahap kecergasan barisan pemainnya.

"Majoriti skuad kami baru saja kembali ke kelab. Mereka kemudian akan terbang ke Newcastle, kembali semula dan kemudian terbang ke Rennes pada Selasa," kata Lampard.

"Thiago Silva baru saja tiba. Dia mungkin tidak akan pergi ke Newcastle kerana perjalanan yang panjang.

"Saya sememangnya tidak dapat menggunakan khidmat pemain secara maksimum pada saingan Liga Perdana Inggeris.

Pemain berdepan risiko mengalami kecederaan pada saingan liga. Jumlah yang mengalami kecederaan sudah pun ada dan Liga Perdana boleh melihatnya," katanya.

Sumber: Harian Metro
Foto AFP