WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

BARCELONA MAHU SAMAN NEYMAR RM49.6 JUTA

Barcelona akan menyaman Neymar sebanyak 10.2 juta Euro (RM49.6 juta) selepas berasakan bintang Brazil itu dibayar berlebihan


Back To Sports Updates

Madrid: Barcelona akan menyaman Neymar sebanyak 10.2 juta Euro (RM49.6 juta) selepas berasakan bintang Brazil itu dibayar berlebihan ketika bersama kelab berkenaan, menurut laporan El Mundo.

Neymar menikmati kejayaan di Barca antara 2013 dan 2017 sebelum menyertai Paris Saint-Germain dengan bayaran 222 juta Euro (RM1.08 bilion) yang juga rekod dunia.

Namun menurut akhbar Sepanyol, El Mundo, pemeriksaan di pejabat cukai dekat Sepanyol menunjukkan Barcelona "tidak membuat pengurangan sepatutnya ketika membayar cukai Neymar, menurut pemeriksaan dibuat terhadap Barcelona sehingga 2015."

Pejabat cukai di Sepanyol membuat pengiraan bahawa Neymar mendapatkan keuntungan daripada keadaan itu menurut laporan berkenaan.

Gergasi Sepanyol itu kini mahu meminta semula jumlah yang menjadi milik mereka.

Neymar gagal membayar lebih banyak cukai kepada pihak berkuasa Sepanyol berbanding orang lain, dengan hutang 34.6 juta Euro (RM168.4 juta) menurut dokumen rasmi dikeluarkan pada September.

Pihak berkuasa Sepanyol juga dilaporkan menjalankan siasatan mengenai perpindahan membabitkan Neymar, termasuk ketibaan di Camp Nou dari kelab Brazil Santos pada 2013 dan sejarah pertukaran ke PSG empat tahun kemudian.

Sumber: Harian Metro
Foto AFP