WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

ROBERTSON YAKIN LIVERPOOL MAMPU BERDEPAN JADUAL PADAT

Andy Robertson berkata Liverpool berada di kedudukan selesa untuk memberi cabaran merebut gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL)


Back To Sports Updates

LONDON: Andy Robertson berkata Liverpool berada di kedudukan selesa untuk memberi cabaran merebut gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika mereka bakal berdepan jadual padat yang mendatangkan kemarahan Jurgen Klopp dan Pep Guardiola.

Skuad kendalian Klopp dipaksa seri 1-1 berdepan pencabar gelaran, Manchester City Ahad lalu selepas Gabriel Jesus menyamakan kedudukan selepas penalti Mohamed Salah.

Liverpool menyerahkan tampuk liga kepada Leicester City dan Klopp bertambah kecewa apabila pertahanan kanan England, Trent Alexander-Arnold terpaksa dikeluarkan kerena kecederaan betis.

Klopp dan pengurus City, Guardiola berang dengan pemimpin EPL dan jadual TV yang mereka sifatkan tidak adil serta menambah beban pemain.

"Kami sentiasa laparkan kejayaan, tapi kami kena gembira," kata Robertson menerusi laman sesawang Liverpool.

"Saya fikir apabila kami berdepan masalah kecederaan dan kehilangan beberapa pemain akibat COVID-19, ramai menjangkakan kami akan merosot. Namun kami berjaya mengekalkan kedudukan dan mencatat beberapa keputusan baik,".

Robertson berkata persembahan Liverpool ketika menentang City adalah antara yang terbaik dan sekali gus membantu mereka membuat persediaan lebih baik berdepan cabaran seterusnya.

Hanya dibenarkan membawa masuk tiga pemain gantian ketika saingan liga Eropah lain serta Liga Juara-Juara, kini membolehkan lima pemain pula menjadi antara masalah.

Walaupun bermula lewat musim ini kerana penularan COVID-19, pasukan utama EPL gagal dalam usaha memperkenalkan lima pemain simpanan kerana kebimbangan pasukan kecil yang mengatakan ia hanya memberi kelebihan kepada kelab besar.

"Ia liga tunggal dengan hanya tiga pemain simpanan," kata Klopp. "Kejutan besar. Kurangnya kepimpinan. Jika 14 pasukan tidak bersetuju memberi kebenaran kepada lima pemain simpanan, sekurang-kurangnya benarkan enam pasukan utama diberikan lima pemain gantian ketika kami bertarung sesama sendiri."

Sumber: Berita Harian
Foto ihsan Transfermarkt