WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

ARSENAL AKHIRI BADI OLD TRAFFORD

Ole Gunnar Solskjaer mengakui Manchester United beraksi hambar ketika satu lagi kekalahan Liga Perdana Inggeris


Back To Sports Updates

MANCHESTER: Ole Gunnar Solskjaer mengakui Manchester United beraksi hambar ketika satu lagi kekalahan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, kali ini 1-0 di tangan Arsenal.

Penalti Pierre-Emerick Aubameyang memberikan Gunners kemenangan pertama di tempat lawan ke atas pesaing dalam kelompok enam kelab utama selepas 30 percubaan di liga tertinggi Inggeris itu.

Dalam perlawanan ke-100 kendalian Solskjaer, United kembali disedarkan tentang kedudukan mereka dalam saingan domestik selepas gah membelasah RB Leipzig 5-0 dalam aksi Liga Juara-Juara Rabu lalu.

Enam perlawanan liga berturut-turut tanpa kemenangan di laman sendiri meletakkan United di tangga ke-15.

"Kami tidak wujud pada babak pertama, mereka lebih baik daripada kami. Kami tidak ada dalam persaingan.

"Prestasi di laman sendiri dan tempat lawan tidak ada beza tanpa penonton di stadium. 100 peratus.

"Lihat saja statistik kemenangan di tempat lawan dalam liga. Tempat sendiri atau lawan tidak banyak beza," kata Solskjaer.

Sementara itu Mikel Arteta gembira dengan disiplin anak buahnya yang bangkit daripada tiga kekalahan dalam empat perlawanan terakhir liga untuk kembali merapatkan jurang dengan kelompok empat teratas kepada satu mata.

"Saya tidak mahu beritahu pemain-pemain yang kami tidak pernah menang di sini sejak 14 tahun lalu.

"Tetapi pasukan yang anda lihat malam ini adalah pasukan yang akan menjadi identiti kami.

"Saya bangga dengan personaliti kami tampilkan di Old Trafford dan gembira dengan kemenangan ini," kata pengendali Arsenal Mikel Arteta.

Sumber: Berita Harian