WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

NEYMAR CEDERA, REHAT TIGA PERLAWANAN

Neymar cedera ketika aksi Liga Juara-Juara menentang Istanbul Basaksehir di Turki


Back To Sports Updates

PARIS: Neymar bakal terlepas tiga perlawanan Paris Saint-Germain selepas pahanya cedera ketika menentang Basaksehir dalam saingan Liga Juara-Juara kelmarin.

Neymar dikeluarkan pada minit ke-25 di Istanbul sebelum PSG memenangi perlawanan 2-0.

"Pemain Brazil itu, yang cuba meneruskan permainan sebelum meminta diganti, menjalani imbasan MRI dan mendapati ada kekoyakan di otot pahanya," kata media Perancis.

Tiga perlawanan PSG seterusnya adalah aksi Ligue 1 di Nantes esok, diikuti kunjungan RB Leipzig ke Paris untuk saingan Liga Juara-Juara pada Rabu dan pertemuan dengan Rennes (Ligue 1) pada 7 November.

Selepas itu adalah rehat perlawanan antarabangsa di mana Brazil akan berdepan Venezuela dan Uruguay dalam aksi kelayakan Piala Dunia.

Namun belum ada keputusan berkenaan penyertaan bintang Brazil itu untuk aksi berkenaan.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP