WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

CLASICO MASIH TUMPUAN DUNIA: TEBAS

Lionel Messi kekal menjadi tumpuan utama La Liga dan Clasico


Back To Sports Updates

MADRID: "Clasico masih Clasico," kata presiden La Liga Javier Tebas.

Menurut Tebas, dalam saingan liga ia sama seperti perlawanan lain tetapi untuk penampilan di peringkat antarabangsa, ia adalah pertembungan antara dua kelab terbesar dunia.

"Ia masih perlawanan kelab paling penting di dunia," katanya.

Barcelona dan Real Madrid juga akan bertemu di stadium bola sepak terbesar dunia esok, namun 99,000 tempat duduk di Camp Nou akan kosong.

La Liga menganggarkan pertembungan Clasico akan ditonton lebih 650 juta orang di seluruh dunia dan menjangkakan jumlah lebih tinggi esok, memandangkan sukan-sukan lain di kebanyakan negara tertangguh akibat pandemik.

Lionel Messi kekal menjadi tumpuan utama Clasico dan La Liga, dan tidak mengejutkan apabila liga Sepanyol berpihak kepada Barcelona dalam masalah kontrak pemain Argentina itu pada Ogos lalu.

Jika Messi meneruskan hasratnya untuk berpindah apabila kontraknya tamat tahun depan, Manchester City bakal menjadi destinasi seterusnya.

Bagaimanapun Tebas tidak merasakan kehadiran Messi di Liga Perdana Inggeris akan melonjak taraf liga itu seperti La Liga.

"Cristiano Ronaldo pergi, Neymar pergi. Neymar berpindah ke PSG dan saya tidak lihat liga Perancis mencapai tahap lebih tinggi kerananya," kata Tebas.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP