WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

YOUNG POSITIF COVID-19

Pemain tengah Inter Milan, Ashley Young diuji positif Covid-19, selepas perkara itu disahkan kelab Serie A berkenaan hari ini


Back To Sports Updates

Milan: Pemain tengah Inter Milan, Ashley Young diuji positif Covid-19, selepas perkara itu disahkan kelab Serie A berkenaan hari ini.

"Ashley Young disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian semalam (Sabtu) di Appiano Gentile.

"Pemain kelahiran Englan ini sudah pun menjalani kuarantin di rumah," jelas kelabnya dalam satu kenyataan.

Bekas pemain Watford dan Aston Villa itu menyertai Inter dari Manchester United Januari lalu.

Pemain berusia 35 tahun itu menjadi pemain keenam diuji positif di kelab berkenaan selepas

Radja Nainggolan dan Roberto Gagliardini, pertahanan, Milan Skriniar, tonggak antarabangsa bawah 21 tahun Itali, Alessandro Bastoni dan penjaga gol, Ionut Radu.

Naib juara Serie A itu akan berdepan seteru tetangga, AC Milan 17 Oktober depan.

Sumber: Harian Metro
Foto AFP