WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

SOLSKJAER ANTARA PILIHAN UTAMA DIPECAT

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menjadi antara pilihan utama dipecat sebelum Krismas susulan persembahan buruk kelabnya


Back To Sports Updates

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer diramalkan akan dipecat oleh kelab sebelum Krismas selepas kekalahan kepada Tottenham.

Pengendali berusia 47 tahun itu sudah berdepan tekanan selepas hanya tiga perlawanan Liga Perdana dengan Red Devils mencatat dua kekalahan.

Kekalahan 6-1 awal pagi tadi di tangan Spurs dekat Old Trafford menyebabkan United kini berkedudukan ke-16 liga.

United kini sudah melepaskan 11 gol dalam Liga Perdana musim ini - kedua tertinggi dalam liga utama.

Dan selepas tiga persembahan longlai musim ini, laporan akhbar The Sun meletakkan Solskjaer pada kedudukan 8/13 untuk dipecat sebelum Krismas.

Solskjaer juga menjadi pilihan kedua untuk hilang jawatannya dalam Liga Perdana selepas ini.

Bos Fulham, Scott Parker adalah pilihan utama pada kedudukan 11/8 dengan skuad Cottagers tewas semua saingan setakat ini.

Solskjaer sendiri menempelak persembahan skuadnya berdepan Spurs apabila dia berkata: "Pada kedudukan 2-1 kami masih berada dalam permainan, selepas kad merah semuanya serba tidak menjadi."

Sumber: Berita Harian
Foto AFP