WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

SHAW AKUI MAN UTD 'MEMALUKAN'

Pemain tengah Tottenham Hotspur, Erik Lamela cuba merebut bola dari Luke Shaw dalam saingan Liga Perdana, awal pagi tadi


Back To Sports Updates

MANCHESTER, United Kingdom: Luke Shaw membuat rumusan mengejutkan mengenai Manchester United ketika pertahanan itu mengakui pasukannya "berputus asa" ketika kekalahan "memalukan" 6-1 di tangan Tottenham awal pagi tadi.

United mengalami kekalahan terbesar di Old Trafford sejak 2011 dan Shaw menerima tanggungjawab atas kekalahan memalukan itu.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer mendahului menerusi penalti minit kedua Bruno Fernandes tetapi masih mengalami satu daripada kekalahan paling memalukan sepanjang sejarah kelab berkenaan.

Penyerang United, Anthony Martial dibuang padang ketika Tottenham mendahului 2-1, tetapi pertahanan kiri itu merumuskan tiada alasan terhadap kekalahan teruk itu.

"Manchester United tidak sepatutnya tewas dengan cara seperti ini. Ia amat menyakitkan, ia memalukan dan kami mengecewakan ramai orang. Kami mengecewakan diri sendiri dan kakitangan," kata Shaw.

"Kami perlu melihat diri di cermin. Kami langsung tidak berada di tahap terbaik. Mungkin kami bertuah kerana akan berehat selepas ini.

"Ketika kami ketinggalan dengan 10 pemain, kami menyerah kalah, tiada perwatakan di padang. Kami terlalu senyap. Terlalu banyak kesalahan, kami perlu melakukan lebih banyak."

Sumber: Berita Harian
Foto AFP