WHAT'S NEXT

RENTAK RUAI

02.00pm - 05.00pm

KOEMAN BANGGA DENGAN BARCELONA SELEPAS PERLAWANAN SUKAR DI CELTA

Pemain Barcelona Gerard Pique diberikan kad kuning oleh pengadil semasa perlawanan La Liga antara Celta Vigo dan FC Barcelona


Back To Sports Updates

Ronald Koeman berasakan Clement Lenglet tidak bernasib baik apabila diarahkan keluar padang ketika Barcelona menewaskan Celta Vigo 3-0 di Abanco Balaidos awal pagi tadi tetapi memuji keseluruhan pasukannya kerana berjaya menangani situasi itu tanpa seorang pemain.

Lenglet dilayangkan kad kuning kedua pada penghujung babak pertama selepas pengadil, Carlos del Cerro Grande, berasakan pemain pertahanan itu menghadang Denis Suarez dengan lengannya.

Barca pada ketika itu mendahului 1-0 hasil jaringan Ansu Fati sebelum memperoleh kemenangan kedua daripada dua perlawanan LaLiga musim ini selepas Lionel Messi memaksa Lucas Olaza terjaring ke gawang sendiri dan Sergi Roberto menambah gol ketiga dalam waktu kecederaan.

Koeman berasa simpati kepada Lenglet tetapi berasakan adalah lebih penting untuk membicarakan mengenai perwatakan skuad Blaugrana itu dalam cuaca lembap dan berangin di gelanggang lawan berkenaan.

"Anda boleh mempertikaikan sama ada ia kad kuning atau tidak," kata ketua jurulatih Barca itu seperti yang dipetik Marca.

"Ia satu hukuman yang sukar. Amat sukar untuk menjadi pengadil. Ia satu keputusan yang tidak perlu kita bincangkan.

"Saya amat berbangga dengan pasukan ini dalam perlawanan hari ini. Kami berusaha dengan amat gigih dan bermain dengan amat berdisiplin dalam satu pasukan dengan kekurangan seorang pemain.

"Kami melakukan tugas yang baik. Keputusan ini membuatkan kami berfikir bahawa kami sedang berada di landasan yang betul," katanya.

Sumber: Astro Arena