WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

LEVY MINTA TROFI DARIPADA MOURINHO

Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho diminta mendapatkan trofi buat kelab itu musim ini


Back To Sports Updates

LONDON: Daniel Levy memberitahu Jose Mourinho dia mahukan trofi di Tottenham.

Spurs belum menang sebarang trofi sejak Piala Liga 2008 dan gelaran liga hanya diraih pada 1961.

Pengerusinya, Levy yang dilantik pada 2001, memberitahu dokumentari Amazon Prime, All or Nothing mengenai kelab itu: "Tottenham ketika saya mengambil aliuh adalah kelab yang jauh lebih kecil berbanding hari ini.

"Saya melihat kelab ini seperti gergasi yang tidur.

"Kami ketika ini berada dalam tempoh yang kami perlu menang.

"Saya penyokong Spurs dan saya mahu melihat kelab ini terus meningkat — dan saya mahu lihat trofi."

Kelab utara London itu menamatkan saingan di kedudukan keenam selepas Mourinho menggantikan Mauricio Pochettino sebagai pengurus.

Levy berkata: "Anda tidak boleh menjangka apa yang berlaku apabila memikirkan musim panas lalu kami berada di final Liga Juara-Juara."

Sumber: Berita Harian