WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST BABA'S

06.00am - 10.00am

LIVERPOOL DOMINASI KESEBELASAN UTAMA

Pasukan Tahunan Terbaik PFA sudah diumumkan dan tidak mengejutkan apabila ia didominasi oleh Liverpool


Back To Sports Updates

LONDON: Pasukan Tahunan Terbaik PFA sudah diumumkan dan tidak mengejutkan apabila ia didominasi oleh Liverpool yang menempatkan lima pemainnya dalam skuad.

Skuad kendalian Jurgen Klopp menang gelaran liga utama pertama kali dalam tempoh 30 tahun dengan mengumpul 99 mata - 18 mengatasi pencabar terdekat Manchester City.

Jordan Henderson menambah satu lagi pencapaian dalam musim yang menakjubkan dengan menyertai kesebelasan terbaik buat pertama kali dalam kariernya.

Rakan sepasukannya, Sadio Mane, Andrew Robertson, Virgil Van Dijk dan Pemain Muda Terbaik Tahunan PFA Trent Alexander-Arnold, semuanya berada dalam kesebelasan utama buat musim kedua berturut-turut.

Manchester City memiliki dua wakil termasuk pemenang anugerah terbaharu, Kevin De Bruyne.

Skuad kendalian Pep Guardiola turut diwakili David Silva, yang meninggalkan kelab selepas 10 tahun dan memberikan empat gelaran Liga Perdana buatnya.

Leicester City juga menampilkan dua wakil menerusi pemenang Kasut Emas, Jamie Vardy bersama Caglar Soyuncu.

Penjaga gol England dan Burnley, Nick Pope menewaskan saingan Alison Becker, Ederson dan Dean Henderson untuk berada dalam pasukan selepas musim yang hebat dalam skuad kendalian Sean Dyche.

Pemain terakhir ialah penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang yang menjaringkan 22 gol musim lalu.

Sumber: Berita Harian