WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

VAN DE BEEK KINI SAH MILIK MAN UNITED

Manchester United menandatangani perancang Ajax, Donny van de Beek pada harga 39 juta euro


Back To Sports Updates

LONDON: Manchester United menandatangani perancang Ajax, Donny van de Beek pada harga 39 juta euro (RM191.48 juta) berserta penambahan lain.

Ole Gunnar Solskjaer menjadikan pemain berusia 23 tahun Belanda itu pembelian pertamanya pada musim panas ini untuk kontrak lima tahun di Old Trafford.

Van de Beek, meledak 41 gol dalam 175 penampilannya untuk kelab Belanda itu dan memainkan peranan dalam kemaraan Ajax ke separuh akhir Liga Juara-Juara 2018-19.

"Ini adalah peluang menakjubkan buat saya untuk menyertai kelab yang mempunyai sejarah hebat.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang di Ajax. Saya membesar di sana dan akan sentiasa mempunyai ikatan istimewa dengan kelab.

"Kini saya sedia mengambil langkah seterusnya dalam karier dan beraksi di peringkat tertinggi bersama Manchester United," kata Van de Beek.

Solskjaer berkata: "Donny mempunyai semua ciri teknikal yang diperlukan untuk cemerlang bersama pasukan ini dan dia juga ada personaliti untuk berjaya di Manchester United.

"Kemampuannya melihat ruang, memilih waktu tepat untuk bertindak dan membaca perlawanan menepati kualiti barisan tengah kami dan ketibaannya akan memperkuatkan pilihan di posisi itu."

Sumber: Berita Harian
Foto AFP